"lebih teruja dengan buku berbanding dengan baju...rindu bau buku baru..."
status fb beberapa bulan lalu.
"sangat berharap dapat jumpa kedai buku, tapi kalau tengok tentatif semua tempat ni tempat shopping.."
luahku beberapa hari sebelum berlepas...
"nak pergi toko buku..."
ujarku dalam bas dari danau toba ke medan.
Perjalanan yang lama sangat meletihkan mata sebab asik tidur je..
"Kak, buku!!"
"Nak pergi ke?"
"Macam boleh pergi..jauh kot dr tempat bas berhenti.."
"Ala, mlm ni diorg nak keluar. kita ikut la.. "
"Malam macam la bukak.."
Bas berhenti di depan Pasar Pajak Ikan. Tempat untuk membeli belah kain, telekung dll. Ala-ala jalan TAR di KL.
Allahuakbar!!!
![]() |
| Pasar Buku, Medan sangat tidak sangka bertemu ini. |
Pasar buku!!
Benar-benar diseberang jalan. Ada di depan mata. Alhamdulillah. Tak tau dah nak ungkap rasa macamana. Allah. Allah. Allah.
"nak pergi ke kak?"
"jom...tapi.." jika tempat sendiri, tak pe je sendiri-sendiri tapi tengok pria-pria keliling ni seram...
Alhamdulillah ade dua orang teman lelaki sudi menemani.. Sungguh, tak puas. Dalam 10 minit je di situ. Tujuan utama semua adalah Pajak Ikan, bukan Pasar Buku. Hanya aku saja yang teruja ke situ. Apa pun terima kasih tak terhingga untuk 10 minit yang berharga..
"Dah? Nak jalan lagi tak?"
"Kalau ikut hati nak jalan sampai hujung tu. tapi tak pe la.. korang kan nk cari kain..."
Alhamdulillah..
![]() |
| semua ini pada harga Rp100,000 sahaja!!! |
ada masa Allah bagi kita kejutan tanpa disangka-sangka
kita suka sangat benda tu, ingat tak dapat dah. rasa sedih sekejap.
rupanya tak lama lepas tu Allah menjawab.
SABAR.
ISTIGHFAR.
bukankah ada kisah Allah memperkenankan permintaan hambaNya asbab hamba tersebut sering beristighfar...?
=)
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~


No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^