"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Sunday, 14 July 2013

semahuMu seperlu aku



Masih belum mampu kuat semahu ku
 
Allah ampunkan aku

Atas segala rasa lemah ini

Mungkin ini saja kekuatan yang Engkau pinjamkan kerana kekuatan inilah kuat semahu Mu.
 
Semahu Mu seperlu aku.

Kerna pasti Kau tahu, tatkala Engkau memberi kekuatan semahu ku, mungkin aku tidak lagi berpaling kepada Mu sebagaimana mahu Mu.

Lalu dengan kekuatan semahu Mu ini, aku mencari Mu, mengejar Mu, berbicara dengan Mu dengan sisa baki kekuatan yang ada. Dengan segala rasa lemah yang Kau izinkan bertakhta semahu Mu.

Mungkin saja Engkau sengaja tidak mahu memberi ku kuat semahu aku
kerna saat aku melemah aku mencariMu dengan sisa kekuatan yang ada sebagaimana mahu Mu.

tatkala Engkau
memanggil jiwa ku


Ya Allah.

Ampunkan atas segala rasa lemah ini.
 
Masih belum mampu kuat semahu ku. Namun kini ku tahu kuat ini lah yang aku perlu. 
Kuat semahu Mu.
 
:"]
 
Terima kasih.
 
Tuhan.

melodi jiwa
semahuMu
03081434


~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^