1999
Wakil sekolah peringat zon dalam acara solat jenazah dan diberi kepercayaan untuk menjadi imam.
Teringat ustaz Zul kate, "kuat betul suara awak, dengar sampai kelas sebelah." Kelas sebelah tu acara solat jenazah lelaki.
Teringat ustaz Zul kate, "kuat betul suara awak, dengar sampai kelas sebelah." Kelas sebelah tu acara solat jenazah lelaki.
Erk?? Sengeh..
Sejak terpilih jadi wakil sekolah tu memang la siang malam dok hafal setiap bacaan dalam solat jenazah. Dah jadi imam, pastu mesti la kene baca kuat-kuat kan.. Alhamdulilah dapat tempat ketiga kalau x silap. Start dari situ teringin nak solat jenazah betul-betul.
2002
Ihtifal Amal Islami peringkat sekolah. Tak tau dah nak masuk acara apa. Tinggal satu je. Pengurusan Jenazah. Ermm.. Teringat masa jadi imam darjah enam dulu. Kali ni start dari kita ajar bakal jenazah mengucap, mandikan, dikafankan, disolatkan hingga la demo untuk dibawa ke tanah perkuburan.. Bila dah bahagi-bahagi tugas, sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi imam solat jenazah.
Sebab suara kuat ke?? Ermm.. Alhamdulilah atas segala pengalaman. Selepas 3 tahun hafal lagi segala bacaan dalam solat jenazah.
Alhamdulilah... Dapat nombor 4 daripada 4 pasukan.. Hehehe..
Pengalaman.
####
Walaupun dah dua kali jadi imam dlm pertandingan, Allah masih belum izin untuk merasai sendiri realiti solat jenazah itu hatta semasa peristiwa ini.
Selepas melalui beberapa pemergian insan terdekat, saya hanya mampu ziarah dan melihat dari kejauhan tanpa turut serta dalam solat jenazah. Semoga Allah izinkan sekali sebelum insan lain yang akan menyembahyangkan saya nanti.
Subuh, 2 Julai 2013
Allah yang menggerakkan hati tetap kekal di Blue Building hingga subuh tadi. Sebelum solat subuh berjemaah, ada terdengar imam kata lepas ni kita solat jenazah sama-sama. Tapi saya takut salah dengar sehinggalah ketika jemaah muslimat merapatkan saf saya melihat ada sebuah keranda di hadapan jemaah lelaki.
Allah yang menggerakkan hati tetap kekal di Blue Building hingga subuh tadi. Sebelum solat subuh berjemaah, ada terdengar imam kata lepas ni kita solat jenazah sama-sama. Tapi saya takut salah dengar sehinggalah ketika jemaah muslimat merapatkan saf saya melihat ada sebuah keranda di hadapan jemaah lelaki.
Allahuakbar.
Benar.
Selepas subuh berjemaah yang sangat syahdu, tatkala bacaan imam sangat mendayu-dayu sehingga beliau menangis tersedu-sedu ketika rakaat kedua, kami sama-sama menyembahyangkan jenazah seorang lelaki.
Allahuakbar.
Sedih sebab saya tidak dapat menghayati kenapa imam menangis kerana tidak tahu surah apa yang dibaca dan ianya tentang apa.
Oh! My Arabic! :-(
Allahuakbar.
Selepas bertahun-tahun baru Allah izinkan rasa solat jenazah yang sebenar-benarnya. Tapi malangnya, sungguh saya sudah tidak ingat apa bacaan dalam solat jenazah melainkan al-Fatihah. Dan solat 4 takbir tanpa rukuk dan sujud tadi benar-benar peringatan yang menggerunkan.
![]() |
| jenazah akan dikebumikan di seksyen 21 |
30 Jun 2013. Bentong - Shah Alam
"acik, kita ni dok nak itu ini, kalau Allah tarik nyawa, kita mati dulu macamana? mati tu pon rahsia Allah jugak. Mati tu lagi la pasti kan?"
tiada kata dari acik, yang ku dengar hanya lah tangisannya...
"Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Ampunkan kami, kerna terlalu banyak meminta sedang taubat dimungkiri sentiasa. Astaghfirullah. "
Alunan zikir terapi Hafiz Hamidun menemani perjalanan pulang kami kelmarin juga dengan linangan air mata.
Allah. Ampunkan kami.
"Sesungguhnya mati itu benar, syurga neraka itu benar........."
Masih terngiang-ngiang talkin yang dibaca di pusara Nenda pada 11 Zulhijjah 1433 yang lalu.
Al-fatihah untuk semua.

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^