Rasanya sudah terlalu lewat untuk post entry ni. Tapi nak post jugak.
Memandangkan pada bulan kelahiran saya tempoh hari terlalu banyak perkara yang perlu dilalui, bermain dengan waktu dan hati. Aktiviti penuh saban minggu, kekangan untuk mengupdate peristiwa-peristiwa yang di alami agak tergendala.
Alhamdulillah atas peluang.
Alhamdulillah atas nikmat usia yang masih Allah izin untuk dipinjamkan.
Alhamdulillah.
Hari lahir hari untuk muhasabah diri.
Apa yang telah dilakukan sepanjang hidup ini.
Berkatkah umur yang telah dilewati.
Allah??
Berapa lama lagi agaknya Engkau izinkan roh bersemadi di jasad ini?
Allah.
Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang dikirimkan.
![]() |
| 16052013 surprise from Usrah Humaira' yg Naqibah dan 2 orang ahlinya adalah x-usrahmates - Usrah UlinNuha |
Alhamdullillah..
Pandai je diorang wat kejutan. Berkonspirasi dengan Nik Nur Nadiah dan Ruhani yang berada di rumah. Patutlah malam tu pelik semacam je perangai rumets saya tu. Macam kucing nak beranak. Tak senang duduk. Rupanya ada plan. Terima kasih. Sambutan yang pertama dan yang terakhir di Bayt al-Falah kan? :"]
Semoga Allah melindungi kalian walau di mana saja berada nanti Ruhani dan Nik Nur Nadiah.
Terima kasih untuk x-Kak Naqibah - Kak Fadzilah, Usrah Humaira' - Junaidah, Fatimah, Norly dan Alina Sazleen.
Ingat rupanya ye.. Rindu sangat dengan UlinNuha..
Ojah!!! Balik Malaysia nanti kita buat reunion ye.. <3
![]() |
| 19052013 another surprise. from Usrah Zahra. After usrah kat Bayt an-Nur ada kek tiramisu pulak. Sedap!!! |
Alhamdulillah.
Kak Naqibah - Kak Fatin buat surprise pulak. Kali ni berkonspirasi dengan ahlul Bayt an-Nur, Hidayah dan Farah.. Amboi-amboi..
Sambut hari lahir dengan Syairah. Sebab Syairah muda sehari dari saya. =)
Terima kasih semua... Kak Fatin, Hidayah, Farah Najwa, Nurnadia, Nik Nur Nadiah, Syazwani dan Syairah.
Next birthday kita beli kek lagi ye..
August? =)
![]() |
| 30052013 Janda Baik |
Alhamdulillah..
Yang ini memang sama sekali tidak dijangka. Pergi ke Janda Baik untuk TOT. Pada malam terkahir diadakan majlis makan malam + BBQ.
Sambutan hari lahir untuk kakitangan yang lahir pada bulan Mei juga diadakan. Terima kasih semua.
Malam tu BBQ makan kambing golek. Sedap.
Alhamdulillah.
Apa saya buat di Janda Baik? Nantikan entry seterusnya. =)
Sanah Helwah sayang.
Terima kasih atas segala ucapan. Rasa nak letak kat sini segala mesej dan doa. Namun biarlah rahsia kan. Terima kasih. Tiada apa yang diharapkan selain doa dari sahabat-sahabat semua.
Alhamdulillah atas nikmat.
Alhamdulillah juga atas segala ujian dari Allah. :"]
Sesungguhnya, saya sama sekali tidak menyangka akan menerima kek-kek juga sambutan-sambutan hari lahir ini sebagai kejutan. Lebih-lebih lagi pada usia begini =)
Sebagaimana ada beberapa perkara yang Allah aturkan untuk menjadi kejutan dalam hidup saya. Subhanallah. Allah itu Maha Baik kan... Walau apapun kejutan yang datang, pasti ia untuk kebaikan kita, kan?
Mungkin yang baik itu kita belum tahu kerana sering saja kita buta dan tuli dengan petunjukNya.
Namun Ya Allah..terus-terus la memberi petunjukMu.
Alhamdulillah.
Kini. Ramadhan.
Bulan yang mendebarkan.
Beberapa hari lagi sebelum diri bertambah usia di tahun hijrah pula.
Allah.. untuk segalanya kuatkan.
Untuk segalanya ampunkan aku.
** saat terawih pada malam sabtu lalu, aku tertanya-tanya. Bagaimana kita nak tahu Allah telah ampunkan dosa kita? Rasa berdosa sepanjang masa. Ya Allah ampunkan aku.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

+19052013.jpg)

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^