"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 25 March 2013

subhanallah. teruja.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah atas kesempatan yang telah diberikan pada hujung minggu ini.

tiket masuk 
Sebenarnya banyak yang nak dikongsikan. Namun....hihiii [gelak jap] dek kerana keterujaan dapat melihat Mufti Menk di depan mata dan mendengar kata-katanya dengan jelas nyata, bukan lagi rakaman semata-mata. Huuuiiii...saya jadi ralit dan tenggelam dengan nikmat yang Allah hadirkan ini. Allahuakbar. Subhanallah. Alhamdulillah. 

Speechless... 

Teruja melihat Mufti Menk di depan mata.


23.03.2013
What Have You Achieved in Your Life : Your Link with the Messenger (PBUH)

Mufti Menk at SACC

* ada antara kita yang malu untuk keluar sebagai Islam.
* Islam ni mudah. Buat apa yang Allah suruh. Tinggal apa yang Allah larang.
* Kenapa kita solat lima waktu? Sebab untuk menyukarkan kita untuk buat dosa. Bila kita solat subuh, kita baru je nak buat dosa lepas tu kita solat zohor pulak. Begitulah seterusnya.
* Berdoalah supaya Allah beri kita kekuatan.
* Ask forgiveness to Allah.
* Sediakan diri untuk kematian. Kalau kita boleh berhempas pulas bersiap untuk mesyuarat macam tu juga lah dengan kematian. Yang pasti akan datang.
* Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Sekali-kali jangan!
* Untuk menjadikan hidup kita selari dengan sunnah Rasulullah, kita hendaklah memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Baginda.
* Your link with your maker is very important.


24.03.2013
The Beauty of the Religion: Islam Distinguished

Mufti Menk at Masjid Tuanku Mizan, UiTM

* al-Quran. Sebenarnya setiap daripada kita ini adalah pemelihara al-Quran. Kita membantu al-Quran akan terus kekal di bumi Allah ini. Bagaimana? setiap daripada kita mestilah hafaz sekurang-kurangnya al-Fatihah. Kan?
* Sunnah. Rasulullah s.a.w never ask people to worship him. He always ask people to worship Allah.
* Link with the Maker.
* Bila kamu rasa tak layak untuk dapat pengampunan Allah, sebenarnya syaitan sedang membelenggu dirimu. Rahmat Allah itu lebih luas dari murkaNya.



Huuuu.....banyak lagi. Namun seperti yang telah dinyatakan di atas. Keterujaan saya telah membataskan ilmu yang disampaikan.

Sebab tu la ..... -----> lower your gaze!


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.



Kak Lina : Eh?
Saya : saya pun xtau kenapa saya amik tajuk tu.
Kbai.


Semoga Allah masih beri kesempatan untuk bertemu dengan ulama-ulama pewaris Nabi.

Keterujaan melihat Mufti Menk ketika menyampaikan dakwah dan ilmu membuatkan saya hampir saja menitiskan air mata. Tak sangka dapat melihat beliau di depan mata. Terdetik di dalam hati, bagaimana agaknya tatkala berhadapan dengan Rasulullah ye?

Seperti kata Mufti Menk, apabila kita melihat ciptaan manusia pun sudah mendatangkan kekaguman yang diluar jangka. Apatah lagi ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Subhanallah. Melihat ciptaan Allah pun kita boleh jatuh cinta dan sayang, Allah itu pasti lebih indah dan menarik untuk dilihat kan?

Semoga di Mahsyar nanti, kita sama-sama dapat melihat Baginda Nabi dan bertemu Allah dalam keadaan bersih dan penuh cinta kepada-Nya di dalam jiwa.


"Ya Allah, kurniakan kami cinta kepada-Mu, cinta mereka yang mencintai-Mu dan apa-apa saja yang membawa kami kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta kami kepada Mu ini lebih berharga daripada air sejuk kepada orang yang dahaga."


** masih lagi mengalami keterujaan mendengar dan melihat Mufti Menk secara langsung. Allahuakbar!
** maaf yer...sebenarnya pengisian lebih banyak dari ini...namun seperti yang telah dinyatakan diatas..emm..emmm.. senyum


~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

  1. Dulu kat matrix ustazah cakap orang yang jaga solat solat insyaallah jauh dr maksiat. asal nak buat dosa je kene solat. semoga solat kita menghindarkan kita dr benda yang dibenciNya..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah sentiasa pelihara kita semua Ojah..

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^