Assalamu'alaikum.
Menemui sahabat. Semoga dlm redha Allah selalu. Persoalan hati itu sukar sekali untuk diduga. Penyembuhannya juga perlu masa. Istighfar. Istighfar. Istighfar. Gandakan istighfarmu. Allah lebih tahu perang apa yang ada dalam hatimu. Antara kasih dan rindu. Antara sayang dan cemburu. Antara dahulu dan perlu. Kita selamanya tidak boleh memuaskan hati semua. Bahkan hati kita sendiri kadangkala sukar untuk dimengerti.
Hati kita ni, sampai bila-bila pun Allah yang pegang. Sampai bila-bila pun. Mintalah padaNya tenang. Mintalah padaNya kekuatan. Mintalah hanya padaNya sahabat. Manusia hanya membantu. Penyembuhnya hanya dari Dia Yang Satu.
Andai rasa itu kembali menyapa, istighfar lah segera. Berkata-kata lah dengan Tuhan kita. Curahkan segala apa yang kita rasa. Ceritakan segala rasa yang buat kita derita. Luahkan.
Tataplah madah cintaNya. Semoga dengan perbualan ringkas itu buat hati mu senang buat dada mu lapang. Menangislah. Cerita segala pada Tuhan kita. Kerna Dialah empunya segala.
:-)
*hug*
Sahabatmu
Yang jauh.
Yang jauh.
**maaf atas kekurangan perkhabaran
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
Tak pernah jauh..
ReplyDeleteJauh hanya perkataan.
Hati selalu dekat.
Sebagaimana dekatnya Allah di dalam hatimu.
Mudah-mudahan ukhuwah antara kita juga begitu.
Allah akan selalu menjagamu.
Sebab itu aku biarkan Dia yang Memujukmu.
Kukirim doa agar Dia selalu merahmatimu.
Memberi kasih.
Memberi sayang.
Memberi kuat.
Memelukmu erat..
Agar terpujuk dari rajukmu terhadap dunia.
Aku yakin.
Sungguh yakin..
Bahawa Allah itu cukup sudah untukmu.
:)
Allah itu sudah lebih dari cukup untukmu..
syukran akak. sangat memerlukan 'ubat' ini :")
ReplyDelete