|
| berlatih dalam bilik sebelum majlis |
Alhamdulillah Allah permudahkan semua.
"duduk sebelah kita tau! Temankan!"
"ok. Tarik nafas... You can do it..!"
"kita baca rawi 1 je."
"owh.." sekejap je la...
...........
habis perenggan rawi 1
"sebelahnya...... "
"haaaa...???? Saya tak pandai..." bersungguh-sungguh kepala di geleng. "
"terkebil-kebil mata dia..." kata mak cik di sebelah kanan.
"baca ja..."
"tak tau.. sungguh! " berusaha juga untuk cuba tapi tengok ayat tu...... Huuu
Lama sangat berdolak dalih, seorang nenek meneruskan bacaan rawi 2. Fuhhhh... Lega... Serius! Ini kelakar. Dipaksa baca depan umum. Mak cik - mak cik yang dah hebat semua. Sedangkan hanya tempelan je di sini. Tolong jadi pasu bunga je. Tak tau. Tak tau. Bersungguh-sungguh mengiyakan dalam hati. Sambil mendengar nenek tu baca, sedaya upaya tawa dan segan ditahan. Control manis depan tetamu. Fuhhhh...nasib baik lepas. Serius lega. Alhamdulillah. Tapi mulut tak henti-henti menahan senyum.
Berzanji.
Berzanji atau Barzanji ialah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis aqiqah, khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul. Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.
habis perenggan rawi 2 ................
"haa...baca..." kata nenek tadi..
"???...." laaaaaaa..... kene baca gak ke... aduiii.. huh... tarik nafas... Bismillah...
Lalu ayat-ayat itu dialunkan seperti yang mereka mahukan walaupun tidak seperti yang diharapkan. maybe...
| alhamdulillah |
(i)
"sorry tau, tak sangka kena baca gak..."
"sorry tau, tak sangka kena baca gak..."
"eh..eh..takpe... kene blaja. mana tau kahwin ngan orang kampung..kena la join group berzanji and marhaban macam ni...hihi.."
"ha..tu la pasal..kite ni kahwin ngan orang kampung. dia tu memang la reti berzanji.. kite x reti.."
"tape..kehidupan itu adalah suatu proses pembelajaran.."
"ha..tu la pasal..kite ni kahwin ngan orang kampung. dia tu memang la reti berzanji.. kite x reti.."
"tape..kehidupan itu adalah suatu proses pembelajaran.."
(ii)
"huuu...tak tau la macam mana akak baca tadi Ghina..first time ni..nak tergelak je td."
"eh? ok pe kak. First time pon.."
"ek..?"
*angguk Gina*
*sengeh*
(iii)
"hello! orang kat BP ni.."
"aik! jauhnye jalan"
"jalan-jalan bawak hati ke selatan pulak. utara dah selalu sangat pergi.."
"apa la yang bawak hati sangat tu.."
"hehe.."
Alhamdulillah untuk dua hari itu.
Alhamdulillah atas segala urusan yang dipermudahkan.
Alhamdulillah atas segala pengalaman.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Barakallahulakuma Siti Sholehah dan Raden Abdul Jalal. Selamat bercinta hingga ke syurga.
Terima kasih untuk semua ahli keluarga yang sanggup menerima kehadiran saya.
Terima kasih tidak terhingga untuk anak-anak saudara Eha yangggggg.....gorgeous!!! ahak!
nota belacu saya :
rasa nak berzanji lagi...lepas ni sesiapa nak buat majlis berzanji saya nak join yer.... hihii
nota belacu double stand saya :
dalam apa pun keadaan kita perlu bersedia. bersedia untuk belajar. bersedia untuk menerima teguran.=) bertambah satu lagi ilmu dalam kembara sendirian kali ini.
#Berzanji. Alhamdulillah. =)
#Berzanji. Alhamdulillah. =)
ku bawa hati jauh berlari pergi dari realiti namun sukar sekali untuk kekal di alam fantasi kerna hidup ini adalah realiti yang pasti/wajib ditempuhi.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^