labuh tudungku tidak menjanjikan tingginya iman
tebal jubahku tidak dapat memastikan luasnya pedoman
terkandas, lelah, rebah hanya segelintir yang perasan
namun hidup harus diteruskan
******************
dia
juga
begitu
dia
juga
begitu
| panas bukan sepanjang hari mendung tidak dijemput menghampiri namun itu semua aturan Ilahi warna warni yang perlu ditempuhi pic : koleksi peribadi |
jangan disangka semua yang labuh tudungnya tinggi sabarnya
jangan disangka panjang bajunya kental imannya
manusia
walau tinggi ke sekolah agama
dia tetap manusia
walau ustaz/ustazah gelarannya
dia tetap manusia
walau pengajian agama 'degree'nya
dia tetap manusia
walau imam/bilal ayahandanya
dia tetap manusia
bukan malaikat yang tetap takat imannya
hanya manusia yang sering tersasar leka
bukan malaikat yang patuh dengan Ilahi sepanjang masa
hanya manusia yang turun naik paras imannya
bukan malaikat yang sentiasa beribadah tanpa bantah
hanya manusia yang tergugah saat syaitan menjentik megah
dia
tetap
manusia
perlu diingatkan
perlu teguran
adakala lemah tidak sabar
adakala kalah marah membakar
ini
bukan marah
hanya tidak mahu menegakkan benang yang basah
kerana
dia
manusia
tidak sempurna
luaran itu latihan
bukannya kesempurnaan
yang dilihat itu hanya biasan
dalam mencari keredhaan
bukan hebat seperti yang difikirkan
kerana
dia
manusia
perlu sentiasa diingatkan
melodi jiwa
22 zulhijjah 1433
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
51:55
dan
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
87:9
Ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka (pujian), dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dosa), jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.
-Riwayat Abi Syaibah-
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^