Lelaki
Walaupun dia seorang lelaki
Dia masih punya hati
Nampak kental diluar
Namun terluka juga tanpa sedar
Lelaki
Walau rasanya berlainan dengan wanita
Namun rasanya tetap ada
Terasa juga kadangkala
Lelaki
Air matanya disembunyikan
Resahnya diketepikan
Tidak mahu ketahuan
Tetap mahu nampak gagah bila berdepan
Lelaki
Tabahnya diluaran
Walau hatinya tersiat kelukaan
Kerna dia juga insan
Punya hati dan perasaan
Lelaki
Dia juga punya perasaan
Lelaki
Dia juga punya kesedihan
Walau lebih banyak disembunyikan
Tersimpan di dalam sebuah keegoan
Kerana begitulah Tuhan menciptakan
![]() |
| ehsan dia yang sanggup bersengkang mata meladeni saya kala demam belum pulih sepenuhnya |
Dia
Lelaki kesayangan
Selamanya
Yang pertama bertakhta
melodi jiwa
always my hero
mahligai ayahbonda
29 zulhijjah 1433H
"...."Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
25:74
**29 zulhijjah kelmarin, hati ini benar-benar terguris dengan katakata yang menghiris.
Walau tidak berdepan, namun perasaan itu amat menghibakan.
**wahai saudara-yang-entah-dimana-berada. sudilah kiranya menjadi anakanda putera ayahanda hamba.
bila tiba waktunya. kala sampai saatnya.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^