sahabatku sayang
aku juga gadis biasa
sepertimu apa adanya
terluka kecewa perkara biasa
kerana kita adalah hamba
aku juga gadis biasa
penuh cinta kasih dan setia
namun masih belum tiba masa
segalanya kini kucurah pada DIA
keluarga & sahabat setia
aku juga gadis biasa
impi menjadi bidadari syurga
ingin berdamping dengan si dia
melengkapkan separuh agama
aku juga gadis biasa
punya silam yang penuh noda
ingin bangkit meredah dunia
perbaiki segala mengejar Cinta NYA
labuh tudungku tidak menjanjikan tingginya iman
tebal jubahku tidak dapat memastikan luasnya pedoman
terkandas, lelah, rebah hanya segelintir yang perasan
namun hidup harus diteruskan
aku juga gadis biasa
merangkak mengenal Pencipta
bertatih mencari hikmah ujian-NYA
sentiasa mengharap rahmat yang Esa
sahabatku kasih hatiku
biarkan dia begitu
biarkan dia tidak memandangmu
Allah sentiasa ada terlalu dekat denganmu
Allah tidak pernah jauh dari mu
sahabatku penghibur lara
biarkan saja kata mereka
kita hidup kerana yang Esa
bukan kerana siapa-siapa
![]() |
| gambar |
kita semua gadis biasa
tidak sempurna banyak kurangnya
namun Allah itu Maha Kaya
mintalah selalu pada Dia
kita semua gadis biasa
hati selalu rapuh dengan cinta manusia
jiwa sering kacau dengan panahan pesonanya
kerana kita kurang Cinta pada Dia
kita semua gadis biasa
ingin melengkapi dia
impi bahagia hidup bersama
bukan hanya di dunia tapi hingga syurga
tidak perlu menunggu sempurna
kerna yang sempurna hanya Dia
kita hanya perlu lebih berusaha
Dia akan beri bila tiba saatnya.
Sabarlah sayang, saat itu akan datang.
melodi jiwa
puisi balas untuk anni haryani
aku hanya ghadis biasa
06 Jamadilawal 1433
"di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yg membatasi pandangan yg tidak pernah disentuh oleh manusia maupun jin sebelumnya." 55:56
**bidadari dunia indah pesonanya hanya di mata suami bukan lelaki ajnabi
**srikandi puteri anggun indah pekerti berbakti untuk ibu dan abi
"di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yg membatasi pandangan yg tidak pernah disentuh oleh manusia maupun jin sebelumnya." 55:56
**bidadari dunia indah pesonanya hanya di mata suami bukan lelaki ajnabi
**srikandi puteri anggun indah pekerti berbakti untuk ibu dan abi
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^