![]() |
| gambar berhenti sebentar |
asif ya sodiqoti
teguranmu petang itu hambar sapaku
luahanmu petang itu mohon diperhati
namun tiada balas dariku
bahasa ku sepi tiada madah yang kuberi
ya aku busy,
lelah rasa penat menjengah
bertubi-tubi menahan hambatan kerja
namun aku menikmati kesibukan kali ini
lelah, lelah
adakala ingin mengalah
bertahan menahan badai menghempas hati
diuji pelbagai untuk tingkatkan kekuatan diri
kerja juga peribadi
bertubi-tubi bermain dengan emosi
hmmm....entahlah sahabat
keluhku bukan mengalah
kesahku bukan berundur
cuma adakala rehat sebentar
menjauh dari yang lain
menyepi menyendiri
mencari di mana lagi kekuatan diri
apa yang kau rasa pernah aku alami
sungguh aku kagum kerna kau berani
menegur dengan cara dan nasihat tersendiri
sedang aku terus-terusan dibelenggu
jahilnya diri merelakan kemungkaran
tanpa teguran
tenanglah rehatlah sebentar
kau pernah menegur dan menasihat
jika ingin menjauh
menjauhlah
tapi cukuplah sebentar
jika ingin menyepi
menyepilah
tapi cukuplah sebentar
beri masa bagi diri menerima
beri masa bagi hati mencari kekuatan semula
sakit, pedih, tangis
sukar sahabat
sukar
sedarlah sesungguhnya yang menasihati itu
lebih terasa sakitnya daripada yang dinasihati
sakit, sakit, sakit
bukan mudah menasihat
lebih-lebih lagi kepada sahabat terdekat
takut melukakan
takut menjarakkan hubungan
teruskan usahamu
setelah usai rehatmu
teruskan doamu
mengiringi hidupnya selalu
jangan berhenti mendoakan
walau bukan permintaan
kekallah dalam ingatan
mungkin doamu akan Allah makbulkan
dedikasi buat sahabat
melodi jiwa
aku tahu kau kecewa
namun teruslah meminta padaNya
beberapa minggu lalu
"Oleh sebab itu berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat." 87:9
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

ni ke puisi untuk sahabat akak tu..
ReplyDelete