![]() |
| matahari masih sudi bersinar bangkitlah gambar |
Sesungguhnya hati & badan ini sgt lemah apabila semua ini datang menjengah.
Hati & badan ini kuat dgn kasihNya. >kakak<
Merapat lah Dia itu dekat!
Sangat dekat!
Menjauh menyepi.
Tidak mungkin dirimu sendiri.
DIA sentiasa di sisi menemani.
Cuma kau yg tidak mahu mengerti.
Jauh berlari.
Ke mana engkau ingin sembunyi.
Segalanya mesti dihadapi.
Semuanya harus didepani.
Haruskah merasa cemburu.
Pada sahabat yg sering kau rindu.
Perlukah rasa itu menyerbu.
Takdir Tuhan usah di cemburu..
Apa yg kau dapat dr rasa itu.
Melainkan rasa bersalah yg sering memburu.
Apa yg kau cemburu pd masa dpn yg kau sendiri tidak tahu.
Apa yg perlu kau ragu pd takdir Tuhan yg pasti membantu.
Teruskan melangkah.
Walau adakala cemburu mu membuat gundah.
Krn cemburu mu kau kalah mengalah sakit menyinggah.
Apa yg perlu kau gusar.
Takdir Tuhan itu sesuai dgn apa yg kau usahakan.
Dia beri apa yg kau perlu bkn apa yg kau mahu.
DIA lebih tahu akan dirimu.
Kerna kau ciptaanNya yg dicipta tanpa ragu.
DIA lebih tahu perihal hatimu, imanmu,
lantas tidak dibebani apa yg kau tidak mampu.
DIA lebih tahu apa yg kau perlu,
justeru DIA sembunyikan dulu apa yg kau mahu.
Tiba saatnya akan diberitahu.
Sampai ketikanya kau akan tahu.
DIA sgt syg padamu.
Semua yg diberi utk kebaikan mu.
Tidak sesekali menzalimi.
Hanya kau yg sukar mengerti hakikat kejadian diri.
Kau itu tahu.
Tapi tidak mahu memahami.
Kau itu percaya.
Tapi tidak mahu menyakini.
Kau itu jaga tapi tidak mahu menyedari.
Kembali. Kembali. Kembali.
Mendekat. Merapat. Kepada Ilahi.
Bangun bangkit kembali.
Apa yg terjadi ada hikmah yg tersembunyi.
melodi jiwa
untuk dirimu yang terbelenggu
yaumuljumua'ah
22 rabiulawal 1433h
(p/s: telah di'tweet' di twitter jumaat lalu.)
(p/s: telah di'tweet' di twitter jumaat lalu.)
"...sungguh janji Allah itu benar..." 30:60
~bersangka baik dgn Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^