Artikel (ceh, artikel ke? Poyo je..) ini ditulis di dalam minda ketika sedang makan di kenduri kahwin anak jiran sekampung yang juga merupakan abang kepada rakan sekolah rendah.
Melihat makcik(s) pakcik(s) yang datang merewang juga makcik(s) pakcik(s) yang memenuhi jemputan kenduri membuat aku mengimbas memori.
Makcik(s) pakcik(s) yang dulunya aku temui menghantar anak-anak ke sekolah berpapasan saat aku mengayuh basikal ke tempat yang sama. Tidak kira ke sekolah kebangsaan atau ke sekolah agama. Makcik(s) pakcik(s) yang aku jumpa tatkala pergi ke pasar membeli ayam goreng kfc rm1.20 seketul ketika itu. Makcik(s) pakcik(s) yang ada kalanya menegur "ko ni anak usop ye?" Ada juga yang tersilap "ko ni anak yusak?"
Membesar dan bersekolah di rumah nenek (alfatihah) di kawasan kampung yang masih utuh semangat kerjasamanya membuat kami sangat perlu berakhlak mulia. (krikkrikkrik) Ye la, kalau dapat mumtaz, 5A dan sebagainya akan ditanya anak siapa cucu siapa. Tidak ketinggalan jika membuat onar lagi pantas berita tersebar. Aku sendiri tika ingin bercerita kepada almarhumah nenda perihal rakan persekolahan usah disebut namanya tapi sebutlah anak siapa atau cucu siapa atau anak saudara siapa. Pamannya siapa rumahnya di mana. Lebih mudah jika aku mengetahui nama gelaran mak ayahnya atau nenek atoknya. Mudah saja nenda mengingat semua. Subhanallah.
Sudah terlalu lama meninggalkan alam sekolah rendah. Sudah terlalu jauh meniti usia. Makcik(s) pakcik(s) yang dulunya mengelek anak-anak kini bermain dengan cucu pula. Makcik(s) pakcik(s) yang dulunya sihat bergaya kini ada yang bertongkat tiga terhencot-hencot jalannya ada yang dulu berdua kini sendiri meniti hari tua..
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Sejenak aku berfikir (sebelum2 ni pun pikir gak) bagaimana agaknya mak ayah aku nanti? Siapa yang pergi dulu? Bagaimana aku nanti? Siapa yang pergi dulu? Apa rasanya? Kapan saatnya? Allah. Allah. Allah.
Mengimbau peristiwa tahun lepas, ketika mendapat khabar bekas rakan serumah yang menjadi balu pada usia pernikahan menjengah setahun setengah mempunyai anak berusia 8 bulan. Allah, beratnya dugaanMu.
Terimbau juga khabar sebelum subuh khamis minggu lepas seorang rakan sekerja (jabatan lain) kehilangan suami pada saat anak bongsunya belum pun mencecah 4 bulan. Meninggalkan 4 orang anak yang sulung baru saja berusia 9 tahun.
Allah. Allah. Allah.
![]() |
| sini |
Menua bersama?
Kepada saudara yang entah di mana, semoga kita dapat menua bersama dalam rahmat dan limpahan kasih sayangNya. Semoga bersamanya menua kita sentiasa dinaungi sakinah, mawaddah dan rahmah hingga hujung nyawa membawa ke syurga. Amiinnn...
kenyangmakannasikenduri
26102014/02011436
mahligai ayahbonda
** nota tongkat belacu saya
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 29 buat ayahbonda
** nota tongkat doublestand belacu saya
banyaknyew kenduri kawen cuti sekolah ni...barakallahulakum
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^