"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 27 October 2014

Alif Kho LamAlif Sod II



Tuhan 
Biarkan aku ikhlas 
Fardhu bukan kerana syurgaMu


Tuhan 
Biarkan aku ikhlas 
Dhuha bukan kerana rezekiMu

Tuhan 
Biarkan aku ikhlas 
Hajat bukan kerana memaksaMu

Tuhan 
Biarkan aku ikhlas 
Istikharah bukan kerana mahuku

Tuhan 
Biarkan aku ikhlas 
Membantu bukan kerana ingin dibantu

Tuhan 
Biarkan aku ikhlas 
Memudahkan bukan kerana ingin dimudahkan

Tuhan 
Biarkan aku ikhlas 
Berdoa bukan ingin didoakan

Tuhan biarkan ikhlas menyerbu 
Pada setiap tingkah dan perilaku 
Kerana penat lelah jiwaku
 Pada segala yang dipertikaikan nafsu

Tuhan 
Biarkan aku 
Bantu aku 
Melakukan segala dengan penuh cinta 
Cinta kepadaMu 
Cinta keranaMu 
Kerana sungguh aku tahu 
Sesuatu yang dilakukan dengan penuh cinta 
Tidak pernah mengharap balasan apa pun jua

Sebagaimana aku melakukan sesuatu kepada mereka mereka yang aku cinta 
Begitulah mahuku tatkala melakukan sesuatu untukMu 
Dengan cinta sepenuh jiwa


"Dan sesiapa yang berserah siri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
Luqman, 31:22


selimutiakudenganikhlas 
03011436


~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^