"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Thursday, 18 April 2013

langit mu lebih biru?

Tuhan,
walau apa terjadi kuatkan aku tetap dibumi
kuatkan aku tetap berpijak nyata dibumi
kuatkan aku agar kekal sedar aku masih dibumi
 
Tuhan,
selama mana nikmat Mu tidak pernah mahu aku pertikai
ku mohon Tuhan
selama itu juga aku tidak mahu ujian yang Kau beri aku pertikai
 
Tuhan,
tatkala aku rasa diri sudah letih dengan semua
ketika mana hati sudah lelah menepis segala rasa
saat itu Kau bentangkan cerita-cerita mereka
yang lebih besar dan tidak terjangka ujiannya
 
Tuhan,
seperti mana nikmat Mu tidak pernah mahu aku pertikai
walau saat tidak terduga Kau titipkan
ku mohon Tuhan
selama itu juga aku tidak mahu ujian yang Kau beri aku pertikai
walau datangnya saat-saat yang tidak aku jangkakan
 
Tuhan,
aku jadi malu
malu untuk menghadapMu
sedikit saja sudah lelah berpatah arah
sekelumit saja sudah putus asa mengalah
sesungguhnya memang aku lemah
sedangkan nikmatMu melimpah-limpah
tanpa sedar nikmatMu mencurah-curah
saban waktu dan ketika
pada tiap detik dan masa
 
yang menguatkan itu Engkau
yang memudahkan itu Engkau
yang menitip bahagia itu Engkau
yang melakar duka itu Engkau
 
tinggal aku
tinggal aku
untuk mencorak segala rasa
agar ia menjadi warna yang seindah semesta
seindah pelangi mahunya
menemani aku menyusur dunia
 
tinggal aku
kerana Engkau mengilhamkan
dan aku yang membuat pilihan
 
melodi jiwa
malu utk meminta.lagi
tempat kerja
07061434
 
 
ketika aku sudah malu untuk meminta
FirmanMu menyapa
 
 
'' Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. '' 40:60
 
 
tatkala aku sudah putus asa dengan segala
Kata-kataMu buat aku bangkit semula
 
 
".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". 12:87
 
saat aku lelah lemah mengalah
sapaanMu lembut menyerbu segenap rongga
 
 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;" 2:45
 
 
 
 
lalu aku ini hamba yang bagaimana???
 
 
 
 
 
Allah.
 
 
 
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 55:55
 
 
"akak baru keluar wad. MC lame. Operation."
"patutlah lama tak nampak. akak nampak susut"
"penat kot."
"tu la..lagi pun akak uruskan mak.."
"tadi sebelum pergi keje, mak akak kata..janganlah pergi keje. temankanlah mak kat rumah. mak akak dah takde kaki. dah kene potong.."
"Allah.."
"akak dah cuti lama sangat..kene keje jugak.."
"ayah akak ada kan tengok-tengok kan?"
"ada..tapi akak sorang je perempuan. adik-beradik yang lain lelaki."
"semoga kuat kak. semoga tabah."
"tu la..insyaAllah.."
 
 
 
 
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 55:55
 
 
 
segala rasa letih lemah lelah yang menjengah itu
Allah tahu
masakan Allah tidak tahu
segala rasa pilu ngeri nyilu itu
Allah tahu
masakan Allah tidak tahu
segala usaha yang kau teguhkan
segala keyakinan yang kau lemparkan
segala bakti yang kau hamparkan
Allah tahu
masakan Allah tidak tahu
pertolongan Allah itu sentiasa ada
cuma selalu saja kita tuli dan buta
dalam menterjemah bantuan dari Dia

 
 
seringkali. bahkan selalu.
aku butuh doa bonda ku.
untuk kuat.
untuk terus kuat
selalu
 

Allah.
 
 
 
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

1 comment:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^