"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Saturday, 6 April 2013

ABJZ - Muhasabah Cinta 30032013


ABJZ – Muhasabah Cinta 30 Mac 2013

Alhamdulillah. 


Alhamdulillah atas kesempatan dan peluang yang Allah berikan. =)


Sedikit perkongsian daripada program sehari ini.


Sejarah penciptaan manusia; 

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati."
23:12-15

Setiap daripada kita yang normal mempunyai rasa "Narcisma" iaitu perasaan ingin menyayangi berlainan jantina. 

Hmmm....Emmm..Emmm...Ehem! 


Dr. Harlina.

Dr. Harlina menceritakan tentang 5 love language iaitu : 

sumber : google

 "We tend to love the way we want to beloved and not the way our partner needs to beloved."

Ekspresikan cintamu dengan bahasa cinta yang mereka gemari. Setiap individu mempunyai bahasa cinta yang berbeza. 

*Ada yang akan cair dan mudah jatuh sayang hanya dengan kata-kata manis dan madah-madah indah. 
*Ada saja yang akan merasa dirinya benar-benar dikasihi hanya dengan memberi hadiah
*Bagi sesetengah individu lain pula kasih sayang diterjemahkan melalui sentuhan. Semakin banyak sentuhan yang mereka perolehi, semakin mekar berbunga sayangnya. [Awas! Ini untuk yang halal saja; Suami isteri. Ibu ayah dan anak-anak. Sahabat sejantina. Adik-beradik]
*Ada yang akan mudah merasa kasih apabila kita sangat mengambil berat perihalnya. Kita terjemahkan dengan perkhidmatan. Seperti membantu kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh kain dsb.
*Bagi sesetengah individu bahasa cinta mereka adalah masa yang kita luangkan bersama. Tak buat apa pun. Just be there. More than enough. :"]

Love them first!

"One's love tank can be filled up with his/her preferred love language."

Apakah bahasa cinta anda?

Apakah bahasa cinta orang yang anda sayang?

sumber : google


untuk info lebih mendalam boleh dapatkan buku ini


atau layari laman sesawang ini. Oh ye... anda juga boleh mengenalpasti bahasa cinta anda dengan menjawab soalan quiz yang disediakan. Selamat mencuba dan mengenalpasti bahasa cinta anda...
Saya dah! 
Jom.. =)

Ok! Habis tentang bahasa cinta.

Tahukah anda di dalam asmaul Husna ada satu asma' Allah yang melambangkan cinta sejati?
Ya. Al-Wadood. Kenapa asma' tersebut bukan Al-Habib? Kan maksudnya lebih kurang jugak kan? Kasih. Sayang. Cinta. 

Al-Habib bermaksud perasaan kasih atau cinta.
Manakala Al-Wadood adalah tindakan untuk mengekspresikan cinta. 
Subhanallah! Baikknya Allah. NamaNya saja telah membuat hati kita luluh dan cair.. 
Allah mengekspresikan cintaNya kepada kita. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Allahuakbar.

Jom tengok video ni kejap sebelum kita baca perkongsian seterusnya. =) 

Rasa apa? :"]

Jika kita mencintai Allah, Allah akan kirimkan orang yang cintakan Allah kepada kita. Untuk rasa Allah menyayangi kita adalah satu nikmat dan rezeki. Tidak semua orang dapat merasakan kasih sayang Allah ini.

Allahu Akbar.. :"]

"jadi, macam mana kita nak tahu yang itu jodoh kita? you will know! you will know anak-anak... awak akan tahu juga nanti. sampai masanya awak akan tahu. tak payah buat istikharah pun! kan Allah dah kata dalam an-Nur:26. tulis ayat yang umi cakap ni..an-Nur:26. wanita yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..macam tu la sebaliknya..ye anak-anak." - Dr.Harlina

bergambar seusai sesi bersama Dr. Harlina
sumber : FB Page Anda Bijak Jauhi Zina - Raudhatus Sakinah
Zina.

Sesi petang penekanan lebih kepada Zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." 17: 32


Allah tak kata "Jangan berzina!". Tapi Allah kata "Jangan hampiri zina!"


“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” 
(HR Bukhari)

Akibat daripada penzinaan amatlah dahsyat. Jika yang wanita akan hamil, pengguguran, pembuangan bayi dll. Jangan ingat yang lelaki boleh terlepas. Banyak penyakit yang akan hadir disebabkan hubungan seks bebas ini seperti HIV, Aids, Sifilis, Gonorea dll.

"Tidaklah nampak suatu perbuatan maksiat (zina) pada suatu kaum hingga mereka terang-menerang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit berjangkit & penyakit lain belum pernah ada pada oranng-orang dahulu sebelum mereka."
(HR Ibnu Majah)

Dalam hadith di atas Rasulullah dah kata dah. Sekarang pun dah terbukti. Masa pergi ABJZ hari tu, diorang tunjuk statistik penyakit yang diakibatkan oleh seks bebas ini. Na'uzhubillah. Ternyata dalam statistik tersebut golongan lelaki lebih ramai berganda-ganda daripada perempuan. Fasilitator ABJZ juga berkongsi gambar-gambar yang menjijikkan dan meloyakan akibat daripada penyakit tersebut. Gambar-gambar kemaluan pesakit-pesakit tidak kira lelaki atau perempuan yang mengidap gonorea, sifilis dsb. Ya Allah. Lindungi kami daripada azab Mu. Ternyata azab Allah itu benar dan hadith yang dinyatakan Rasulullah beribu tahun dahulu telah terbukti sekarang ini. Allahu Akbar. Sampai satu tahap penulis sendiri rasa nak termuntah dan tak sanggup untuk melihatnya. Betapa seksa melihat azab Allah itu. Ini baru didunia. Allah. Allah. Allah. 

"Tidaklah nampak suatu perbuatan maksiat (zina) pada suatu kaum hingga mereka terang-menerang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit berjangkit & penyakit lain belum pernah ada pada oranng-orang dahulu sebelum mereka."
(HR Ibnu Majah)


Turut dikongsikan juga adalah bagaimana para gadis yang telah terlanjur dan mengandung ini melakukan pengguguran haram. Na'uzhubillah. Ngeri. Sakit. Kesian pada janin yang tidak berdosa itu. :"(

Ummi Rose

Berikut sedikit perkongsian daripada Ummi Rose - CEO Raudhatus Sakinah. Telah pun saya kongsikan di laman kenari biru pada sabtu lalu.

Hidup ini pilihan!

"Diantara kesemua hak2 wanita, anugerah terhebat adalah menjadi seorang ibu." -Lin Yu Tang-

"Kamu semua boleh jadi tentera-tentera Al-Fateh, anak-anak. Bangunlah! Berjuang demi agama. Teruslah berjuang"

"Kita sama-sama saling mendoakan ya, anak-anak!"

"Untuk terus hidup kita perlu melalui proses-proses sakit, bahagia, derita, gembira, dukacita dsb. Hidup ini ujian. Kita perlu melaluinya dengan sabar. Umpama berlian. Sebelum menjadi yang bergemerlapan, ia perlu melalui pelbagai proses kesakitannya. Begitulah kita. Manusia."

"Takpe lah tak dpt sekarang. Allah akan beri pada waktu yg tepat, dgn cara yg tepat, melalui orang yg tepat. Pujuk hati tu. Kan Allah kata.. 'Aku adalah mengikut sangkaan hamba-hamba Ku......' Pujuk hati. Sangka baik dengan Allah."

"Bukannya susah nak jadi baik. Tak susah pun. Semua terpulang kat kita. Itu pilihan."

Ummi Rose juga share tentang sahabat yang baik.. :"]

"Sahabat yang baik itu, apabila kita memandang wajahnya membawa kita kepada mengingati Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu, terlihat gerak-gerinya meninggikan takut kepada Allah. Berkawan dengannya kerana berjuang ke jalan Allah."

Allahu Akbar. Terima Kasih atas perkongsian Ummi Rose.

Usai program.
Bergambar dengan semua peserta dan fasilitator.
Sumber : FB Page Anda Bijak Jauhi Zina - Raudhatus Sakinah

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Setiap kata yang tercatat tidak mencukupi segala makna yang ingin terluah.

Sebenarnya apa yang dicatatkan di sini tidak menggambarkan sepenuhnya keseluruhan program. Bila kalian dengar dan hadir sendiri baru la tahu bagaimana rasanya. Secara jujurnya ini bukanlah perancangan penulis pada terikh tersebut. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah. Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan ketika menghadiri ABJZ - Muhasabah Cinta tersebut. Alhamdulillah. 

Sekarang penulis adalah alumni ABJZ! Semoga dapat berjumpa dengan semua alumni pada hujung tahun ini untuk Perhimpunan 1000 Jiwa 1 Hati. InsyaAllah. 


"err....tengok syarat-syarat peserta tadi.. bukan ke kita dah terlebih umur ni?"
"tak pe..kite tengok komen-komen kat bawah tu.. boleh je pergi sebab kita belum kawen.."
"ek? hehehe"

Terima kasih tidak terhingga kepada Saudari Yussyafiqah Yunus kerana sudi belanja yuran penyertaan untuk menyertai program ini.

Alhamdulillah

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program seperti ini atau ingin menganjurkannya, bolehlah menghubungi Raudhatus Sakinah. Buka page RS ye.. Bermanfaat untuk kita semua dan adik-adik kita yang berada di alam remaja khususnya. InsyaAllah. 

Alhamdulillah.

** entry kali ini agak panjang.
** semoga bermanfaat.

~Bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^