Sahabat titipkan pesan
"Hantar" hati pada Pemilik-Nya pasti Dia tahu rawatannya =)
Sahabat titipkan pesan
Ayuh berlapang dada dengan semua =)
Sahabat titipkan pesan
Sabar itu indah teman =)
Sahabat titipkan pesan
Ayuh bersangka baik setiap masa. Terutama dengan Allah Yang Esa =)
Sahabat titipkan pesan
Mujahadah terusan jangan gugah. Syurga itu indah. =)
Sahabat titipkan pesan
Kuatkan hati jangan lemah. Kita sama-sama rindu Jannah. =)
Sahabat titipkan pesan
Tiada apa kita punya. Semua milik Yang Esa. =)
Sahabat titipkan pesan
Jaga hati jangan dengki. Semua itu milik Ilahi. =)
Tapi kan sahabat, boleh tak kirimkan pesanan.....
Aku mahu hati baru dari Tuhan...
Bolehkah Dia perkenankan...?
-_-"
melodi jiwa
10 pm, 30/6/2012
dalam kereta
tanjung karang
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." 7:179
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^