Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (1)
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (2)
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (3)
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); (4)
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, (5)
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: (6)
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; (7)
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; (8)
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (9)
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (10)
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11)
Surah Al-Mu'minūn (The Believers) - سورة المؤمنون
Muslim itu belum tentu Mukmin. Mukmin itu belum tentu Muttaqin.
Namun Muslim dan Mukmin itu adalah subset kepada Muttaqin.
Untuk mencapai Muttaqin, seseorang itu perlulah Muslim dan Mukmin.
Tetapi, bertanyalah pada diri. Ya aku seorang Muslim. Adakah aku sudah benar-benar Mukmin?
Ya aku Islam. Adakah sebenar-benar umat Islam yang patuh arahanNya tinggal laranganNya atau Islam semata-mata di IC?
Seandainya Mukmin itu dapat dikenalpasti pada IC, alangkah mudahnya. Cuba tengok IC masing-masing. Ada tertulis Mukmin ker? Tiada kan? Hanya tulis Islam. Sebagai agama yang dianuti. Islam pada IC kita jangan hanya pada IC tapi Islam perlu juga pada hati.
Iman itu meyakini. Bukan buat ikut suka hati. Islam itu syumul. Bukan buffet yang kita boleh ambil apa kita nak dan tinggal apa yang kita tak nak. Bukan. Islam itu buat apa yang Allah arah dan tinggal apa yang Allah larang. Itu lah sebenarnya.
Cuba baca sekali lagi. Cantik kan ayat tu.
Berjayalah orang-orang beriman. Apakah kejayaan orang-orang beriman? Iaitu.....
Mereka yang khusyuk dalam solatnya. Lagi?
Mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Lagi?
Mereka yang menunaikan zakat. Lagi?
Mereka yang menjaga kehormatan dirinya. Lagi?
Mereka yang menjaga amanah dan janji. Lagi?
Mereka yang menjaga solatnya.
Dan mereka-mereka inilah orang-orang beriman yang akan mewarisi syurga Firdaus.
Ini hanyalah beberapa. Banyak lagi yang Allah cerita dalam al-Quran. Carilah. Bacalah. Hayatilah.
Allah itu Maha Maha Maha Maha Maha Maha Maha Maha Pengasiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
:')
Subhanallah. Susah ke? Perlu angkat Revolver M-16 ker? Mesti pakai sut macam angkasawan ker? Perlu menyelam ke lautan atlantik ker nak dapat ke'UNTUNG'an yang Allah janjikan?
Tak kan?
Tapi kenapa.... kita sebagai manusia....*geleng kepala* masih lalai dan terus lena dengan nikmat yang ada sehingga iman kurang untuk dipertingkat ? *dush2 diri sendiri*
Wahai diri, wahai hati, engkau terlalu leka dengan nikmat dunia yang sementara....
Allah!!!
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. " 57:16
Belum sampaikah masanya?
Belum sampaikah masanya?
Belum sampaikah masanya?
Nak tunggu bila?
Nanti lah belum sampai seru. Ala baru umur 25, tunggu 40 la. Orang lain tu buat semua yang Allah suruh tapi susah je aku tengok...
Allah... Allah... Allah...
Seruan Allah itu telah lama. Sudah sekian lama. al-Quran bukan baru turun sehari dua. Daaahhhhh lamaaaaaaaaaa...... Nak mati tak yah tunggu umur 65. Bila-bila pun Allah nak tarik, Izrail akan patuh. Dalam sehari banyak kali tau Izrail datang jenguk kita. Ujian Allah itu berbeza. Bukannya bila semua dah patuh Allah bagi kaya raya. Kalau macam tu senanglah semua. Tapi sebab Allah sayangkan kita. Ujian yang diberi pelbagai rupa.
Sebab Allah sayangkan kita.
Fikir. Fikir. Fikir. Zikir. Zikir. Zikir.
******************************
Ya. Kami sama-sama tadabbur ayat diatas malam tadi. Banyak perkongsian. Banyak pengisian. Terutama sekali pada ayat (5). Terselit sekali permasalahan ikhtilat. Ada cerita dan pengalaman yang dikongsi untuk peringatan dan pengajaran. Terima kasih teman atas pengalaman. Ikhtilat itu bukan hanya di dunia nyata tapi di alam maya juga. *ingat tu! ingat! dush2 diri sendiri*
![]() |
| Selamat datang buat Noor Alina Sazleen ke dalam keluarga kecil kami. Kita akan naik penerbangan yang sama untuk ke destinasi yang sama. Sama-sama. InsyaAllah. Semoga Allah redha. Rindu kalian. |
Solat itu perlu usaha untuk khusyuk. Usaha. Usaha. Walaupun nanti akan terkandas di rakaat kedua. Usaha. Usaha untuk khusyuk.
Jaga waktu solat. Jaga waktu solat. Jaga waktu solat.
Ehmmm....
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." 51:55
Terima atas segala peringatan.
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " 89:27-30
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^