Harapan yang suram Jangan biarkan ia terus kelam
Harapan yang muram Jangan biarkan ia terus padam
Harapan masih menyala Kerana masa depan bukan dalam tangan kita
Harapan sinarnya masih ada Kerana kita punya doa dan usaha
Harapan terus kelihatan Kerana kepada Allah kita letakkan keyakinan
Kita masih hidup kerana
Kita masih punya keyakinan dan
Sangka baik pada Tuhan
Kita masih terus melangkah gagah kerana
Kita masih tidak tahu
Apa akan berlaku sebentar lagi
Kita masih gigih berusaha kerana
Sangka baik yang DIA
Akan beri apa yang kita pinta
Teruskan sangka baik
Jangan putus berdoa
Kuatkan diri untuk kuatkan orang lain
Please. Please. Please
![]() |
| sini never lose hope stay strong (!) |
Masih ada yang memerlukan doa dan pertolongan kita
Masa depan bukan di tangan kita
Tapi kita diberi tawakal, doa dan usaha
Harapan masih ada
Harapan masih ada
Kita hidup dalam harapan
Kita hidup dalam pengharapan kepada-Nya
Harapan jangan dimusnahkan
Harapan jangan dipadamkan
Kita teruskan doa
Kita teruskan usaha
Harapan
Teruskan
Jangan dibelenggu keputusasaan
Masih ada yang sayang
Masih ada yang menantikan
Masih ada yang memerlukan
melodi jiwa
jangan putus asa adinda
15 Rejab 1432
tempat kerja
doa.doa.doa.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^