Jika benar aku berahsia
Tidak ku kisahkan dari mula
Kerana tidak semua orang suka
Tidak semua orang gemar tahu kisah kita
Walau itu suka atau duka
Semua hati punya beda rasa
Yang tidak pernah kita dapat hadam isinya
Entah gembira
Entah nestapa
Entah bahagia
Entah lara
Tatkala mendapat tahu berita
Justeru aku memilih dengan hati-hati
Kepada hati mana ingin aku kisahkan
Dendang yang entah mahu entah tidak didengarkan
Kerana pada akhirnya nanti
Sakitnya tuh di sini
Di hati ku ini.
Sirr
1514
17041437
27012016
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^