Betapa inginnya ombak bersama pantai, ombak tetap perlu pergi.
Betapa rindunya ombak terhadap pantai, ombak tetap perlu ke tengah kembali.
Namun, ombak tak tinggalkan pantai sendiri.
Ombak titipkan buih-buih halus kenangan sehinggalah ombak kembali lagi.
Walau sakit dihempas ombak, pantai setia menanti.
Terus menanti sehingga ombak kembali.
Pantai rindu ombak, walau sering tersakiti.
Sementara ombak tiada, buih-buih halus kenangan setia menemani.
Sehingga ombak kembali.
Pantai tahu ombak pasti kembali. Ombak tahu walau jauh dia pergi pantai setia menanti.
Ombak dan pantai tetap merindui walau tersakiti walau terlukai.
Siapa pantai pada ombak?
Ombak, kapan mahu lama menemani pantai?
![]() |
| sydney, australia gambar dari classmate - Kak Dayah |
rindu.bayu.laut
al-falah
07011435
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^