Seringkali saja..
usai solat asar kesempatan jalan seiring dengan Kak Nor padat dgn amanat..
walau hanya 3 minit.
walau kadangkala hanya seminit bersama di dalam lif
ada saja titipan darinya yang bisa membuat tubir mataku bergenang
Wahai kakak..
siapa kah dikau..
ada saja yang kau pujuk
walau tanpa kau tahu apa sebenarnya yang aku rajuk
Wahai kakak
hadiah dari Allah..
sering saja titip sesuatu agar aku kembali sedar
Allah itu ada
Wahai kakak
sering saja kata-kata mu mengubat jiwa
walau tidak sedikit ku cerita
adakah kau bisa menghidu?
mungkin saja dikau seorang ibu
naluri mu benar bahkan terburu tahu
Ya Allah...
dua tiga minit tadi sangat bermakna
dan aku tidak pernah puas mendengar titipannya
kerna setiap madah yang terluah
dia berusaha mengingatkan aku pada Mu Allah
Tuhan ku juga dia
dua tiga minit itu
Berkatilah dia dan keluarganya
Jadikannya anak, isteri, menantu dan ibu yang solehah wahai Tuhan.
Kerana penyayangnya dia kepada semua
Kerana santunnya tutur kata
Sungguh aku terpesona
Bantu aku agar dapat mencontohi dia..
Dan sejak mengenalinya aku terpesona
Melihatnya aku mengingatMu Tuhanku.
melodi jiwa
dua tiga minit tadi
14101434
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^