"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Sunday, 26 August 2012

Ilham - a story


Ada contact Ilham?
Ermmm… ada..masa birthday dia hari tu
*angguk*
Try call hp…tp tak berangkat…pas tu try call rumah. Mak dia yang angkat.
Telefon bila?
Petang lepas balik kerja.
Memang la..dia selalu balik lambat…mana dapat cakap ngan dia..
Tak pe…sembang ngan mak dia je.. mak dia cite macam-macam. *senyum*
*jeda*
Tapi kan, ingatkan dia akan reply balik la at least mesej. Tapiiii… tak de pun. Tak pelah. Bukan mengharap, tapiii..ermm..
Faham.
*kelat*
Aku rasa kan, dia nak lari dari kita semua.
Lari? Kenapa?

………the rest is history………..

Ilham.
Mesej. Tak berbalas.
Call. Tak berangkat.
E-mail. Lagi impossible untuk reply.
Masih terngiang-ngiang cara awak cerita masa terjumpa biawak ketika pulang dari Pekan Siswa.  Kelakar. Serius kelakar. Awak tak balik cuti mid sem masa tu.
Kita selalu secara tidak sengaja akan pakai baju yang hampir sama untuk pergi kuliah. Sambil bawak payung panjang macam nak ‘katok’ orang. Kurung plain berwarna coklat itu. Masih ingat? Mr. T and Papa Pres pernah tegur bila terserempak kat Sri Kelubi. Macam kembar diorang kata.. haha.. lain bebenor le… Awak selalu loan ranger. Pastu selalu jatuh or tersadung on the way p balik kuliah. Hihihi.. Kalau kita jalan berdua, saya lah tempat awak berpaut. Ermm..  
Last time dapat sembang ngan awak hujung tahun lepas. Saya nak bagi tau yang Mr.T dah menikah. Mesti awak tak tahu kan..? memang. Awak tak tahu langsung dan awak boleh pulak teka Miss T yang menikah dengan Mr.T. Haila..haila…Ilham. Kisah Mr.T dan Miss T dah lama berakhir. Awak tak de facebook, walimah kawan-kawan selalu diorang post kat fb. Acane awak nak tahu kan? And tak lama lagi Papa Pres pulak nak menikah.
Awak bukan puteri ayaq mata. Macam mana pun senior boikot kita masa tu, awak steady je kan.. Tapi one day kat bilik awak nangis. I got u! ahah! Yes that night. I saw. Sekuat dan setabah mana pun, kita perempuan. Hati lembut kan?? Ehem! Ingat lagi masa senior tak nak support program kita, pada hal kita bertungkus lumus nak raikan mereka. Huh! Macam-macam usaha kita buatkan? Dan awak adalah penasihat program tu. Sampailah pengarah program sendiri yang letak jawatan. Down gilerrrr kan.. At last we did it. The best part is, our dean willing to join our program and give her appreciation to us. Best! Awak tahu, saya rindu sangat-sangat dengan family kita. Our big family. Kita ber-lima-belas. Exco yang geliga giler giler. Yes. Meeting lewat tengah malam. Buat program itu ini. Belum lagi kena panggil secara mengejut dengan ayahanda pengetua. But, the memory is priceless. Induksi pelajar baru tahun tu, kita yang handle. Penat sangat sangat time induksi. Post mortem sampai hampir 2 pagi. Hari bermula seawal 5. Huh..letih. Pagi tu, entah mengapa semua exco perempuan bagai puteri beradu. Tak sedar apa. Pukul 6 lebih baru terjaga. Padahal kita kena bawak adik-adik baru ke Masjid tuk Subuh berjemaah kul 5.30 pagi. Papa Pres dan Mr.T hampa ngan kita.. huhu.. tak sengaja..
Kita geng BIFB yang kepala senget sikit. Hihi.. tapi kalau study and wat program kita sungguh-sungguh kan. Selalunya kita je la yang conquer aktiviti kat kolej tu.. tade muke lain.. kita la MT kolej, MT biro, exco itu, exco ini, pengarah sana, pengarah sini. Bermasam muka? Itu biasa. Huh.. seksa time tu.. bila program dan study kita je la…masalah kat program..terbawak-bawak gak masuk dalam kuliah.. haila..haila…
Ilham, mesti tak ingat dah birthday saya kan? Tiada sebarang ucapan after keluar u. but, I can’t forget masa ulangtahun yang ke 21 dulu. Tak tau la sapa yang kepala. Tapi mesti awak salah seorang perancang yang utama untuk sambutan malam tu. Errr…betul ker Miss T? Uoll..ber…ermm…tak ingat. May be..hampir sepuluh orang kot.. plan tuk kenakan saya masa malam tu. Sanggup korang black-out kan satu paras untuk buat saya takut dan terkejut. Haaha…tak jadi la kawan.. malam tu saya tidur awal and macam yang (x ingat sape cakap) diberitahu..Nurul tu kebal dan berhati waja, takdenye dia takut kita black-out kan paras ni.. hahaha… well….right right right… berhati waja yer.. ai ai ai frens.. 12.30 pagi ada orang ketuk pintu bilik and surprise… happy birthday .. and a cake.. huh.. terharu tau! *lapayaqmata* tak sedar diri tul la kita ni…dok berpoya awal pagi…pada hal esok tu kita ada Final Exam untuk paper Usul Fiqh. Last paper for us and for university that semester. HEA ni memang sengaja agaknya bagi kita waktu hujung-hujung untuk jawab exam. Every semester pulak tu.. orang lain dah balik kampung seminggu dua awal. Kita? University dah sunyi, kita masih terkial-kial p dewan exam. Enjoy…
Just want you to know, kami tak lupakan awak Ilham. Kami tak cari awak time kami sesak. Kami tak pernah pun nak ambil kesempatan kat awak. Tak. Tapi kenapa menjauhkan dan memencilkan diri dari kami semua. Tak ingat ker trademark kita? 2gether we success? Sejak kerja ni, you’re very workaholic person. Very very very. I know, when you struggle to do something and mem’busy’kan diri, you want to avoid something and forget something. Just, tak nak fikir. Kerja. Kerja. Kerja. Susah sangat ker nak jumpa kami semua? Nak get along together? Sementara masing-masing single lagi ni? One day. Just. Hope. Don’t hide your walimah. Please, invite us. Kami tak cari awak time kami sesak.  

And you know what, your birthday same with my housemate. Ada beberapa perkara yang membuatkan kamu berdua sama. Terutamanya, suka main lagu yang berulang-ulang tu.. =) Banyak lagi sebenarnya. But, biarlah rahsia. Saya yang tahu apa lagi yang sama. Sometimes I saw you in her. Sometimes. Just. Sometimes.

……
mesti terasa sangat kan..? sebab ko rapat gak ngan dia..
*senyum* ok jer.. let go.. biarla..
…….

Everything happens with a reason.

** kita ramai lagi kawan kan.. yang perlukan kita.. yang nak get along dengan kita… just hargai apa yang ada.. syukuri.. yang jauh dan yang tak kirim sebarang berita, tak pernah lupa. Dalam ingatan dan kenangan. Doa untuk kalian.
** kita pun kadang-kadang terlepas pandang, ade je somebody yang kita tak hirau or tak kirim khabar langsung. Mungkin juga doa untuk mereka kurang. Dan hidup ini adil. What we give we get back.
**dia tak tahu pun belog ni..mungkin yang baca hanya Miss T and Are-da (sebab saya nampak are-da bookmark kan belog ni kat lappy die..hihihi)
**suka tengok Ilham bertudung bidang 60 masa akhir semester dulu. 

Everything happens with a reason.

“Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri, kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan.”
45:15
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

  1. catchynye entri ini. ade selitan rahsia.. wakaka

    ReplyDelete
  2. yang lebih terdekat akan lebih terasa..
    sbb bukan 3 hari bersama, tapi 3 tahun!
    biarlah..Allah tahu sudah cukup mghiburkan hati. walau ilham selamanya menyepi..

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^